BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Islamic Widget

Thursday 7 April 2011

Kenangan Terindah

Walau dalam tidur dan jagaku,
walau dalam mimpi dan lenaku,
kenangan itu sentiasa hadir tanpa diduga.

Seolah-olah memberi petunjuk,
betapa rindunya aku,
akan tempat yang pernah,
aku tinggalkan dahulu,
tanpa keinginanku.

Kenangan itu,
sentiasa datang dalam ingatanku,
dengan sendirinya,
menjadi pengubat rinduku,
walaupun hati tersiksa,
kerana jauh darinya.

Kenangan itu,
adalah yang terindah dalam hidupku.
setiap saat dan waktu yang aku lalui disana,
memberi seribu satu makna,
yang akan ku susun rapi
dalam kamus hidupku.

Selembut awan, secerah bulan dan bintang,
seindah pelangi, semanis madu dan kurma,
semuanya cukup indah,
dimata mereka yg melihat keindahan Kaabah Nya,
hatiku telah jatuh cinta,
akan ketenangan yg aku nikmati disana.
Alhamdulillah..

Kenangan itu juga,
telah membuatkan air mataku,
mengalir tanpa henti,
hari terakhir aku disana,
selesai sahaja tawaf wida'
tawaf selamat tinggalku,
aku melihat Kaabah,
aku berdiri, aku rukuk, dan aku sujud dihadapan Nya,
hatiku tiba-tiba menjadi sayu.

Aku terdengar sekumpulan hamba Allah dibelakangku,
sedang berdiri sambil berdoa di hadapan Allah,
aku lihat mereka, mereka menangis,
aku tahu, perasaan mereka juga sama sepertiku.

Aku cuba menenangkan hati dan perasaanku,
aku terus berdoa kepada Allah,
"Ya Allah,janganlah engkau jadikan ziarahku ditempat Mu yg mulia ini sebagai ziarah yang penghabisan, serulah aku lagi Ya Allah, untuk menyahut panggilanMu. Aku akan rindu untuk kesini lagi Ya Allah, tolonglah Ya Allah halanglah aku untuk pergi dari sini,aku tidak mahu tinggalkan tempat ini Ya Allah, apakan dayaku melawan takdir Mu,aku redha atas kehendakMu, Ya Tuhan Yang Maha Berkuasa.

Aku ingin menangis, menangis sekuat hatiku, dan itulah yg aku lakukan,
hanya Allah sahaja yg mengerti perasaanku, tiada siapa, kecuali Dia.

Sayangnya aku untuk meninggalkan tempat yg mulia ini, yg tersimpan pengalaman manis hidupku, entah bila lagi aku dpat kesini semula, untuk menikmati hari2 terindah, berada dekat dengan Nya.

Sewaktu kaki aku melangkah pergi meninggalkan Masjidil Haram itu, terasa berat sungguh hatiku, tidak terdaya rasanya, meneruskan langkah itu, aku tidak menoleh kebelakang, kerana aku takut aku akan menangis lagi.

Aku ingin memberhentikan langkahku, namun aku tidak mampu, malah langkah kakiku itu, membuatkan aku sedar, aku sudah semakin jauh darinya.

Sekali aku datang, selamanya aku tidak ingin pergi dari sini, itulah yg aku rasakan sewaktu aku berada disana, hanya satu sahaja yg aku ingin semua orang tahu, bahawa setiap umat Islam yg menjejakkan kaki ke Tanah Suci, walaupun kali pertama dan seterusnya, pasti akan merindui untuk kembali lagi kesana.

Namun, aku pasti, semua yg berlaku pasti kan ada hikmahnya, itulah hidup aku.

Aku akan bersabar dan terus bersabar,menanti saat itu muncul kembali, dan berharap nafas terakhirku terhenti di sana.. Amin...

0 comments: