BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Islamic Widget

Saturday 16 July 2011

Luahan Dari Hati

Ya Allah, Ya Tuhan ku.. semakin hari aku rasa semakin sudah dewasa. Namun,hakikatnya aku baru berumur 17 tahun. Tahun ini,aku akan menduduki peperiksaan SPM. Perjuangan yang akan menentukan masa depanku. Sudah banyak yang telah aku lalui..namun masih banyak yang perlu aku pelajari..kerana..perjalanan hidupku ini masih jauh, masih panjang..perjuanganku masih belum selesai..keringatku masih belum menitis ke bumi..perasaanku masih belum puas..hatiku masih belum dihiasi dengan ketenangan..jiwaku ini,masih belum terisi dengan ilmu yang tiada penghujungnya..

Saat ini,sudah semakin banyak harapan setinggi gunung yang terpikul dibahuku..harapan dan kebahagiaan ibu dan ayahku serta mereka yang telah banyak mengajarku erti kehidupan..pengharapan mereka yang tidak mungkin aku hancurkan..kerana aku tidak ingin diriku ini dilihat hina di mata mereka..aku ingin memberi mereka kejayaanku..

Namun,aku merasakan diriku masih kosong. Aku tidak punya keyakinan yang tinngi.. aku tidak punya semangat.. aku lemah..! aku lemah tanpa kasih sayang mereka..

Aku perlukan dorongan dan sokongan mereka untuk aku bangkit bersemangat..mencari kekuatan diriku yang sebenar.. mengharungi apapun dugaan dan rintangan di hadapanku.. Aku ingin terus melangkah ke hadapan.. tetapi, dengan Doa dan tangan yang mereka hulurkan buatku.. selamanya..!

Ya Allah.. aku benar-benar terlalu rindu untuk mendambakan Cinta-Mu Ya Tuhan ku.. daripada cinta makhluk-Mu.. kerana hanya Engkau yang sentiasa ada untukku di sisi.. Engkau tidak pernah meletakkan sesuatu cubaan yang berat di luar batas kemampuan hamba-Mu..aku sedar Ya Tuhan.. Engkau mencintai hambaMu dengan menguji tahap keimanan dan kesabaran hambaMu.. maka, jadikanlah aku di antara golongan yang sentiasa bersabar menghadapi dugaan untuk memperoleh RedhaMu..Ya Tuhanku..

Tuesday 19 April 2011

Terimalah Hamba -Mu Ini Seadanya

 Di kala ku berjabat tangan...

terasa indah nikmat bersalaman...

 Di kala ku hulurkan tangan...
terasa nikmat diberi balasan senyuman...

Di kala ku menadahkan tangan...
terasa nikmat memuja kudratMu Tuhan...

" Ya Allah anugerah-Mu terlalu besar buat kami yang kerdil ini. Hanya kerana mahu membesarkan rumah-Mu, Baitullah, kami mendapat segala keistimewaan ini. Hanya kerana mahu membesarkan Kekasih-Mu Rasulullah S.A.W, Engkau bukakan peluang ini kepada kami, sungguh malu rasanya diri kami atas penghormatan ini. Ya Allah. Sesungguhnya kami berjanji akan bekerja lebih kuat bagi memperjuangkan media Islam di atas muka bumi ini. Namun Ya Allah, Ya Tuhan Kami, setelah Engkau memberi peluang kami untuk berbisik-bisik, berkasih-kasih dengan Kekasih-Nya, janganlah Engkau ambil semula nikmat ini dan bukalah peluang ini setiap tahun bagi membolehkan kami kembali ke sini untuk mengadu segala kelemahan dan kekurangan kami kepada-Mu Ya Allah Ya Rabbi."

Sunday 17 April 2011

Budak Kecil Dan Api Neraka

Seorang budak menangis ketika melihat unggun api yang sedang marak menyala.
Khalifah Harun al-Rasyid bertanya kepadanya kenapa dia menangis. Budak itu menjawab : "Aku takutkan api neraka." Khalifah yang adil itu memujuk : "Anak kecil sepertimu tidak akan dimasukkan ke dalam api neraka." Namun apakah jawapan budak itu? Katanya: "Aku lihat ketika orang menyalakan api, mereka akan memasukkan ranting-ranting kecil dahulu. Setelah ranting kecil terbakar, barulah dimasukkan kayu-kayu yang besar. Aku takut hal yang sama berlaku di dalam neraka kelak. Aku umpama kayu kecil itukah?" Mendengar jawapan itu, khalifah turut menangis...

Pengajaran : : Apabila rasa takutkan Allah berada dalam hati, semua yang dilihat akan memberi pengajaran dan hikmah. Yang dilihat biasa oleh kebanyakan manusia, dilihat luar biasa oleh orang yang takutkan Allah lantas menghalang mereka melakukan maksiat dan dosa.   : :solusi: :
Renung-renungkanlah....

Thursday 7 April 2011

Tanah Suci Makin Didekati Makin Mendalam Cinta Di Hati

Makkah : Kampung Halaman

 Makkah adalah kampung halamanmu. Sekarang engkau kembali setelah sekian lama terusir dari tanah airmu sendiri. Engkau kembali untuk bergabung dengan ahli keluarga yang lain untuk menjadi ahli keluarga Allah. Oleh itu, engkau perlu bersedia membawa diri di tempat  sendiri kerana engkau bukan tetamu kepada sesiapa. Tiada sesiapa yang akan menyambutmu, melayanimu dan menemanimu. Hanya rahmat Allah untuk kamu kerana menerima jemputan ini dan berusahalah menjadi ahli keluarga yang baik untuk selama-lamanya.

Menulis catatan mengenai sebuah kota agung membuatkan rasa rindu semakin mendalam meruntun hati, lipatan kenangan berputar kembali dan doa-doa untuk kembali ke sana akan terungkap di sanubari.

Mutiara Kata

Tuhanku,
sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku, dan matiku hanya untuk Mu, hidupkanlah daku dibawah panji keimanan, matikanlah daku dalam dakapan kalimah syahadah, himpunkanlah daku dibawah lindungan Mu, pada saat tiada lindungan selain Mu.

Kenangan Terindah

Walau dalam tidur dan jagaku,
walau dalam mimpi dan lenaku,
kenangan itu sentiasa hadir tanpa diduga.

Seolah-olah memberi petunjuk,
betapa rindunya aku,
akan tempat yang pernah,
aku tinggalkan dahulu,
tanpa keinginanku.

Kenangan itu,
sentiasa datang dalam ingatanku,
dengan sendirinya,
menjadi pengubat rinduku,
walaupun hati tersiksa,
kerana jauh darinya.

Kenangan itu,
adalah yang terindah dalam hidupku.
setiap saat dan waktu yang aku lalui disana,
memberi seribu satu makna,
yang akan ku susun rapi
dalam kamus hidupku.

Selembut awan, secerah bulan dan bintang,
seindah pelangi, semanis madu dan kurma,
semuanya cukup indah,
dimata mereka yg melihat keindahan Kaabah Nya,
hatiku telah jatuh cinta,
akan ketenangan yg aku nikmati disana.
Alhamdulillah..

Kenangan itu juga,
telah membuatkan air mataku,
mengalir tanpa henti,
hari terakhir aku disana,
selesai sahaja tawaf wida'
tawaf selamat tinggalku,
aku melihat Kaabah,
aku berdiri, aku rukuk, dan aku sujud dihadapan Nya,
hatiku tiba-tiba menjadi sayu.

Aku terdengar sekumpulan hamba Allah dibelakangku,
sedang berdiri sambil berdoa di hadapan Allah,
aku lihat mereka, mereka menangis,
aku tahu, perasaan mereka juga sama sepertiku.

Aku cuba menenangkan hati dan perasaanku,
aku terus berdoa kepada Allah,
"Ya Allah,janganlah engkau jadikan ziarahku ditempat Mu yg mulia ini sebagai ziarah yang penghabisan, serulah aku lagi Ya Allah, untuk menyahut panggilanMu. Aku akan rindu untuk kesini lagi Ya Allah, tolonglah Ya Allah halanglah aku untuk pergi dari sini,aku tidak mahu tinggalkan tempat ini Ya Allah, apakan dayaku melawan takdir Mu,aku redha atas kehendakMu, Ya Tuhan Yang Maha Berkuasa.

Aku ingin menangis, menangis sekuat hatiku, dan itulah yg aku lakukan,
hanya Allah sahaja yg mengerti perasaanku, tiada siapa, kecuali Dia.

Sayangnya aku untuk meninggalkan tempat yg mulia ini, yg tersimpan pengalaman manis hidupku, entah bila lagi aku dpat kesini semula, untuk menikmati hari2 terindah, berada dekat dengan Nya.

Sewaktu kaki aku melangkah pergi meninggalkan Masjidil Haram itu, terasa berat sungguh hatiku, tidak terdaya rasanya, meneruskan langkah itu, aku tidak menoleh kebelakang, kerana aku takut aku akan menangis lagi.

Aku ingin memberhentikan langkahku, namun aku tidak mampu, malah langkah kakiku itu, membuatkan aku sedar, aku sudah semakin jauh darinya.

Sekali aku datang, selamanya aku tidak ingin pergi dari sini, itulah yg aku rasakan sewaktu aku berada disana, hanya satu sahaja yg aku ingin semua orang tahu, bahawa setiap umat Islam yg menjejakkan kaki ke Tanah Suci, walaupun kali pertama dan seterusnya, pasti akan merindui untuk kembali lagi kesana.

Namun, aku pasti, semua yg berlaku pasti kan ada hikmahnya, itulah hidup aku.

Aku akan bersabar dan terus bersabar,menanti saat itu muncul kembali, dan berharap nafas terakhirku terhenti di sana.. Amin...

Tuesday 5 April 2011

Cinta Terhadap Allah

Mati Syarat Bertemu Allah.

Imam al-Qurtubi menerusi satu kisah yang diriwayatkan oleh Abu Nu'aim dalam kitabnya al-Hilyat menyatakan:

ketika Nabi Ibrahim a.s didatangi Izrail untuk mencabut nyawanya,
berkata Ibrahim kepadanya : "wahai Izrail, pernahkah seorang kekasih mencabut nyawa kekasihnya sendiri?"

Lalu Izrail memberitakan pertanyaan Ibrahim ini kepada Allah S.W.T. Maka Allah S.W.T memerintahkan Izrail menyampaikan jawapannya kepada Ibrahim sebagaimana firman-Nya yang bermaksud : "wahai Ibrahim, apakah kamu pernah melihat seorang kekasih yang tidak gembira untuk bertemu dengan kekasihnya sendiri?"

Apabila Ibrahim mendengar jawapan Allah menerusi Izrail ini, berkata Ibrahim : "wahai Izrail, cabutlah nyawaku saat ini juga!"

Inilah kesempurnaan mahabbah hamba terhadap Rab-Nya. Ia pasti terhasil apabila sifat kehambaan itu dihayati dan diterjemahkan dalam kehidupan yang singkat ini. Wallahu'alam. Mutiara Tasawuf, solusi..